top of page

Pakar Renovasi Rumah Ipoh

Search

POWDER COATING - PILIHAN BIJAK


ree

Powder coating merupakan method yang kami gunakan untuk mewarnakan produk besi kami. Method ini memberikan banyak kelebihan. Jom kita tengok


• Warna lebih tebal.

Teknik powder coating memberikan hasil cat yang lebih tebal mencapai 350 micron, lebih stabil dan tebal daripada teknik lain. Cat minyak pun umumnya mempunyai ketebalan sekitar 30-40 micron sahaja.


• Permukaan lebih keras.

Selain warna tebal, permukaannya juga akan menjadi lebih keras. Ianya dapat melindungi besi, menjadikannya lebih tahan calar.


• Warna lebih tahan.

Proses dalam teknik ini menghasilkan sifat adhesif yang kuat antara serbuk warna dan besi. Ini menjadikan warna lebih melekat pada besi dan warna kekal lebih lama.


• Menutup pori-pori dengan sempurna.

Jika kita menggunakan teknik mengecat biasa, selalunya kita tak dapat menutup ruang retakan atau pori yang tidak terlihat pada mata kasar. Air boleh meresap ke ruangan ini, menyebabkan karat. Dengan teknik powder coating, masalah ini dapat dielakkan.


Kelebihan-kelebihan ini menjadi point penting kenapa Scenix memilih method ini untuk mengecat produk-produk kami. Kami mahukan yang TERBAIK untuk pelanggan-pelanggan kami.


====================================

Jom renovate rumah anda! Contact kami sekarang melalui link di bawah: www.wasap.my/+0164239670+/Home&Build

 
 
 

Comments


Our Showroom:

Medan Botani (Pusat Komersial Botani Village, Lot 331275, Medan Botani 1A, Bandar Seri Botani, 31350 Ipoh, Perak, Malaysia

Our Factory:

18, Pekeliling Dataran Kledang, Kawasan Perindustrian Menglembu, 31450 Ipoh, Perak

  • Facebook - Scenix Steelwork
  • Facebook - Scenix Home

013-531 9670 - Syafiq

©2022 by Scenix Home. Proudly created by ASZ Studio

bottom of page